Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Khidmat pesara Kementerian Pembangunan dihargai

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Khidmat pesara Kementerian Pembangunan dihargai.JPG 2_Khidmat pesara Kementerian Pembangunan dihargai.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada para pesara.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 November. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya Yang Bersara Pada Tahun 2022. Majlis diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis penghargaan ini bertujuan bagi menghargai dan mengenang jasa bakti dan sumbangan pegawai-pegawai dan kakitangan yang pernah berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya mereka yang menamatkan perkhidmatan di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

3_Khidmat pesara Kementerian Pembangunan dihargai.JPG 4_Khidmat pesara Kementerian Pembangunan dihargai.JPG

ANTARA para pesara yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sejumlah 201 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah bersara pada tahun 2022. Sijil penghargaan kepada para pesara disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan/Dvisyen, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Attachments